Wednesday 25 August 2010

Hanya Aku Cinta Kau Seorang

"Mama,boleh tak Leeya nak keluar?Kawan2 Leeya ajak Leeya pergi tengok wayang"soal Leeya.

Tak boleh leeya.Mama tak suka kalau Leeya keluar sana sini dengan kawan2 Leeya.Mama tengok kawan2 Leeya tuh bukan elok sangat.Kadang2 sakit mata mama nih tengok mereka tergelak tergedik sana sini.Leeya kalau nak tengok movie terbaru beritahu aje pada Zack(pekerja mamanye),tuuh tv besar2 kat dalam bilik tuh siapa nak gune"bebel mama Leeya.

Leeya akur dengan arahan mamanye,baginya kalau dibantah pun apa gunanya..tetap mama akan menang..sejak dahulu lagi setelah kematian papa,mama lah yang mengawal pergerakan Leeya..pada mulanya Leeya merasakan mama seorang yang mengambil berat perihal anak..tetapi sejak menjangkau dewasa apabila kebebasannye sering dikawal die merasa rimas..die tidak seperti remaja2 lain yang sering berhibur di luar..nak kemana2 je mesti ditemani mamanye sendiri..kalau mama sibuk pekerja mama yang akan ikut...sejak hidup selama 17 tahun di dunia ini boleh dibilang dengan jari berapa kerap Leeya keluar bersama kawan-kawan...Leeya hanya redha dan pasrah denagn hidupnya..

Leeya telah dihantar ke sekolah swasta..mama  sering mengingatkan Leeya patut menjaga nama baik mama..iyelah mama seorang dari kerabat terdekat Raja Selangor..dan memang tak perlu disangkal lagi tentang kekayaan mama..semua orang tahu itu..walaupun tinggal berdua tetapi rumah seperti mahligai..Leeya tidak hairan dengan semua itu..bagi Leeya kebahagiaan hidup itu sahaja yang bermakna baginya...

"Leeya,kamu disyaki mencuri wang PIBG sekolah"tuduh salah seorang guru disiplin,Cikgu Azman.

Leeya yang terkejut seperti mahu pitam setelah dituduh sebegitu"Apa cikgu,saya tidak tahu apa2 mengenai duit PIBG"sangkal Leeya.

Tiba2 ada seorang pengawas yang diarahkan oleh Cikgu Azman masuk ke dalam bilik disiplin sambil membawa beg Leeya..Cikgu Azman terus menyelongkar beg sekolah Leeya..dengan tidak disangka dalam sampul surat berwarna coklat terdapat sejumlah wang yang agak banyak..Leeya terkedu..memang terpancar perasaan terkejut dan takut..Leeya tidak berani berkata apa2 walaupun dia tahu dia tidak bersalah langsung..pasti ada orang yang mahu mengkhianati Leeya..

Setelah Cikgu Azman berbincang dengan Pengetua..Leeya terpaksa dibuang sekolah..dalam hati Leeya."dugaan apakah yang aku terima kali ini"..Leeya cuba pertahankan diri.."Tuan Pengetua, saya tidak ambil duit itu..saya difitnah..buat apa saya mahukan semua duit itu sedangkan saya memang orang kaya"tegas Leeya..dia tidak kisah lagi untuk berlagak kaya kerana die perlu pertahankan dirinya sendiri..tetapi jawapan Tuan pengetua sangat menghampakan..Leeya diberitahu ramai anak orang kaya buat begini demi kepuasan diri..

Leeya memasuki kelasnya untuk mengemas apa yang perlu..di satu sudut kelas jelas sekumpulan budak perempuan sedang gelakkan Leeya..Leeya tahu ini pasti semua angkara Syasya..Syasya pasti berdengki dengannya kerana boyfriend Syasya meminati Leeya..Leeya malas untuk bertekak..keputusan pihak sekolah telah muktamad..die perlu ke sekolah yang berdekatan untuk meneruskan pengajiannya..lebih2 lagi dia berada dalam tingkatan 5..Leeya perlu manghadapi peperiksaan besar tahun ini..

Mama Leeya seperti polis pencen bertanya itu dan ini setelah mengetahui apa yang terjadi.. tegas2 mama Leeya masih mempercayai anaknya tidak melakukan semua itu..mama terpaksa pergi ke luar negara selama 3 bulan keran masalah cawangan pejabatnya di sana..jadi mama  serahkan perihal pertukaran sekolah kepada Zack..pekerja yang selama ini sangat dipercayai mama Leeya..

"Abang Zack"panggil Leeya.."Leeya kalau boleh nak sekolah yang dekat dengan rumah je,tak kisahlah sekolah kerajaan pun,yang penting Leeya dapat ambil exam SPM"tegas Leeya

Zack hanya menganggukkan kepalanye..kadang2 Leeya takut kepada Zack..perangainye aneh..Zack sering curi2 pandang Leeya..tetapi die tidak banyak bercakap dengan leeya..mungkin takut kerana Leeya anak majikannya..

Leeya telah didaftarkan ke Sekolah Menengah Seksyen 19,Shah Alam..tidak sampai 10 minit kalau berjalan kaki dari rumahnya..tetapi demi keselamatan Leeya tidak dibenarkan berjalan kaki..pergi dan balik diambil oleh pemandu upahan mama..Leeya diejek anak orang kaya di sekolah itu..ramai yang fikir Leeya pasti seorang yang manja..nasib baik ada Fasha..kawan yang cukup memahami dan baik..apa2 yang dilakukan Leeya pasti detemani Fasha..Leeya sangat senang berkawan dengan Fasha..

Pada suatu pagi,setelah Leeya memasuki kelas..Leeya terus mengambil buku yang diletakkan di dalam locker besi..tiba2 Leeya terpandangkan satu bungkusan berwarna merah..Leeya buka dan melihat ada beberapa biji gula2 HACKS..disertakan juga dengan note..p/s:hati tertawan melihat bunga..Leeya tidak faham..die tidak peduli dengan semua itu..mungkin ada orang yang mahu mengenakannya..untuk hari2 seterusnya leeya masih menerima bungkusan gula2 HACKS bersama note yang lain..kadang2 terfikir juga siapakah gerangan misteri itu..tersentuh juga hati..semakin lama ada perasaan sukar untuk ditepis lagi..perasaan yang semakin membaja dalam hati..hati Leeya terusik dengan kata2 dalam note itu..seperti amat memahami keadaan dan masaalah Leeya..Leeya pernah jugak melihat2 sekeliling ketika membuka bungkusan itu..mana tahu ada orang yang dirasakan curiga memberi bungkusan itu tetapi hampa..

"Fasha,kau rasa siapa eik yang kasi aku gula2 tuh?"soal Leeya

"Siapa lagi kalau bukan peminat kau,dah 2 bulan kot kau dapat bungkusan2 tuh."jelas Fasha sambil kenyit matanya pada Leeya.

"Aku takutlah kalau dia saja nak kenekan aku,kau pun tahukan ramai yang tak suka aku dalam sekolah nih"Leeya curiga

"Aku pun tahu tuh tapi takkan lah die rajin giler buat kerja giler tuh tiap2 ari,memang tak sah dia secret admire ko,dahlah kita tak payah fikir eik,baik kita study,exam pun dah nak dekat nih"ujar fasha sambil menyelak buku biologi..Leeya pun akur dan terus membuka buku fizik..

Tiba2 sedang leka Leeya membaca,mejanya dilanggar seseorang.."Maaf saya tak tersengaja" Zafran dengan muka yang takut meminta maaf kepada Leeya..Fsaha dan Leeya hanya tergelak2 melihat perilaku Zafran yang seperti terlampau takut itu..Zafran merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah itu..mana tidaknya dengan cermin mata yang tebal berinci itu memang layak digelar budak nerd..dia langsung tidak bergaul dengan orang lain..kadang2 terlintas di hati Leeya untuk belajar dengannya..Leeya sangat lemah dalam matapelajaran matematik tambahan..pasti Zafran sangat hebat..tetapi dimatikan niat itu memandangkan Zafran seperti kekok dengan perempuan..

"Eih Fasha,kau tak rasa ke kalau si Zafran tuh buka spec tebal die tuh,confirm2 giler hensem macam Aaron Aziz"ngomel Leeya sambil mengunyah karipap di kantin sekolah

"Aik ape pasal tetibe kau bercakap pasal Zafran nih,ada hati eik,tak memilih jugak ko ni eik..haha"Fasha hanya tergelak2

"Isyyk ko nih aku sajeje,tak ada topik nak berbual,lagipun he is not my type ok.giler apa aku dengan orang nerd..memang tak ada life lahkan"aku membidas tanggapan Fasha..tapi dalam hati Leeya mengakui Zafran seorang yang unik..

Exam SPM telah bermula..Leeya bertekad akan buat yang terbaik untuk exam kali ini..baginya biarlah die bersusah2 sehingga tidur lewat malam untuk belajar..Leeya mengharapkan keputusan yang  terbaik supaya dapat menyambung peljaran di luar negara atas usahanya sendiri..itu impiannya sejak dulu lagi..

Keputusan SPM akan keluar pada hari ini..Leeya sejak semalam tidak senang hati memikirkan apa yang akan dia dapat nanti..Leeya  pergi ke sekolah dengan memakai baju kurung dan bertudung..selama sebulan die belajar ilmu agama bersama ustazahnya untuk mengisi masa terluang selepas SPM..die peroleh hidayah untuk memakai tudung..die senang dengan perubahannya itu..setibanya di sekolah die melihat sudah ramai orang yang mengambil result..ada yang menangis kegembiraan dan ada juga keluar sekolah dengan muka yang monyok..membuatkan Leeya berasa berdebar..

"Leeya!"jerit Fasha

Fasha meluru ke arah Leeya dengan menangis terus memeluk Leeya...Fasha menangis kegembiraan kerana memperoleh 9A1B..keputusan yang tidak disangka oleh Fasha sendiri..Leeya tidak sabar lagi terus menuju ke pejabat sekolah..Leeya tidak terkata melihat keputusannya..tidak disangka akan peroleh keputusan sebegitu..

"Leeya,kau dapat berapa"soal Fasha yang hairan melihat kawannya itu seperti orang yang terkejut

"Fasha,alhamdulillah aku dapat 10A"

"Wah Leeya akhirnya kau dapat keputusan cemerlang..impian kau akan jadi kenyataan Leeya..tahniah"Fasha terus memeluk Leeya..air mata Leeya tidak dapat disekang lagi..ye itulah tangisan kegembiraan setelah usaha yang dilakukan tidak sia2..semasa memeluk fasha die dapat melihat Zafran tersenyum ke arahnya..die hanya mampu tersenyum kembali..Zafran telah peroleh keputusan cemerlang..12A1..siapa yang mampu..

Leeya tidak sabar lagi pulang ke rumah..dia ingin menunjukkan kepada mama..pasti mama berbangga dengan Leeya..tiba2 bunyi tembakan sangat dekat dengan tempat die berdiri..Leeya melihat Zafran terduduk sambil menahan sakit..darah mengalir dari tubuh Zafran..Leeya melihat Zack sedang memegang pistol..Ya ALLAH pasti ini semua kerja Zack..pasti Zack berdendam dengan keluarganya setelah diberhentikan kerja oleh mamanya kerana menyelewang wang syarikat..sudah semestinya die menjadi mangsa utama untuk membalas dendam..Leeya terus berlari ke arah Zafran..sambil memegang kepala Zafran..Zafran sudah lemah..Leeya hanya mampu menangis..di satu saat di mana hujan mula membasahi bumi seperti memahami keadaan yang pilu itu..Zafran sempat mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya..Leeya terejut memandang gula2 HACKS..Leeya memandang Zafran dengan seribu tanda tanya..Zafran hanya mampu tersenyum dan mengatakan hanya aku cinta kau seorang... Leeya terkedu..Zafran sudah tidak bernafas lagi..Leeya terus menjerit nama Zafran sambil menangis semahu2nya..tatkala itu perasaan bahagia Leeya telah pergi bersama2 jasad Zafran..

Sudah 2 bulan kejadian tragis itu berlaku..Leeya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara..Zack telah ditangkap polis dan meringkuk di dalam penjara kerana membunuh..dan Zafran?Zafran telah jauh pergi darinya..membawa perasaan cinta yang tak sempat terbalas..perasaan cinta yang luhur dan suci telah Zafran berikan pada Leeya..Leeya bertekad akan menjaga perasaan itu kukuh dalam hatinya..kini Leeya telah bergelar seorang doktor pakar yang berjaya...

~~sekian~~

p/s:hakhak siap satu cerpen..siapa yang habis bace sambil tersengguk2 terima kasih daun keladi lain kali bace lagi...hahhaha...cerita rekaan semata2 okeyh..x best pun x ape...den x kesah..sebab aku hanya hentam saje..kihkih..bubyeee!!

11 comments:

syimahnadhirah said...

ish2... gle bahye idop dak leeya~~

syazwani khairil anwar said...

pndai ko wat...nak tukar karier ke ..haha

ahmadbaihaqie abdrazak said...

cool! i want to be a fan.. :p

Syafiqah Sabki said...

kikiki thankz=)

ahmadbaihaqie abdrazak said...

kikiki jugak..teruskan mnulis ya..oh btw..lgu first lve utk blog ni sweet kot. ^^

Syafiqah Sabki said...

insyaALLAH..i will..dah lame jugak tak mengarang cerpen....tulah sweetkan.. suke lgu nih

✿ Cik Narumi ✿ said...

saya suka sangat2 . semua cerpen awak best2

Syafiqah Sabki said...

eiii terharu sgt2 nih...tengkiuk sgt2 fyqa..=)

Anonymous said...

assalam...for this, i give 6/10. :P
cannot challenge karya awk "Kau Ditakdirkan Untukku...". teruskan berkarya cik S.s..u got a talent. keep it up! tq

Syafiqah Sabki said...

ahaha..alarh 6/10 je:P..yeerp2 kau ditakdirkan untukku maybe the best cerpen yg sy mampu karang kot..haha thankz again=D

Anonymous said...

assalam...cik S.s
ok wut 6/10..dh lulus dh tu kot :D
sila asah lagi bakat ye...ahaks. see u...