Tuesday, 2 November 2010

Kisan Cinta Cik Bam


Hye nama aku Erisya binti Razif.Tapi orang panggil aku Cik Bam.Sebab apa?Sebab aku ni dalam kategori tembam.Tembam2 aku pun mak dengan ayah aku selalu kata aku nih cantik dan comel.Ouh ya aku anak tunggal,sebab itu mak dan ayah aku sangat2 menyayangi aku.Apa yang aku mintak semua dapat.Ada jugak kawan2 aku jealous dengan aku.hihi.Apa boleh aku buat.Aku juga ada boyfriend. Boyfriend aku sungguh jambu.Kenalkan my baby nama dia Mr Pinky.Aku selalu bawak dia kemana2 sahaja aku pergi.Sebab apa nama dia Mr Pinky sebab badan die colour pink.Ayah aku yang beri tyme burfday aku yang ke-18.Jangan salah faham Mr pinky tuh scooter aku yang banyak berjasa kepada aku.Seumur hidupku tak pernah aku ada boyfriend ape tah lagi bercouple.Eii kadang2 aku jealous dengan kawan2 aku yang selalu berkepit dengan boyfie diorang.Tapi apakah daya tak pernah ada orang yang minatkan aku.Aku nih kawan pun tak ramai.Berkawan pun atas sebab nak ambil kesempatan terhadap aku.Mentang2 aku cepat bersimpati ,jadi mereka selalu menyuruh aku belanja mereka.Walaupun ku tahu itu tetapi tetap aku belanja mereka..hurm apalah nasibku nih.Aku adalah pelajar Mascom di UITM Shah Alam.Ouh ya need to sleep aite now,esok ada kuliah pagi2 lagi.

Aku memakirkan Mr Pinky aku di tempat parking yang memang dah menjadi tempat parking kebiasaan aku.Aku dapat mendengar bunyi gelak ketawa sekumpulan pelajar lelaki yang cukup aku kenali.

"Amboi2 terang benderangnya Cik Bam kita hari nih,sampai tak nampak scooter tuh..wahaha, nak mengorat professor ke Cik Bam oii...haha"

Razif....seseorang yang cukup aku kenali.Memang dialah ketua segala ketua budak2 nakal yang suka mengejek aku di universiti ituh.Mula2 aku naik angin jugak dengan ejekan Razif.Tetapi lama kelamaan aku sudah malas nak layan.Aku pun pelik kenapa Razif mempunyai ramai peminat dari kalangan awek2 .Hurmm..aku pun suka dia secara senyap2...hihi..syhh diam2 tauw.Walaupun nakal dan suka mengejek aku , hatiku tetap memilih dia.Setiap kali dalam kuliah pastinya ada segumpal kertas yang tertulis ayat2 jiwang dicampakkan kepada aku.Arghh pastinya itu kerja Razif and the geng. Walaupun aku tahu ayat2 dalam itu sememangnya dusta belaka tetapi hatiku tetap2 berbunga2..seperti bunga2 di taman bunga tuuh .Ada satu rahsia yang tidak pernah orang lain tahu.Nak tahu apa?Aku ada nombor telefon Razif dan kami sering bersms.Sudah setahun lamanya aku bersms dengan Razif.Razif tak pernah tahu akulah orangnya.Aku hanya memberitahu namaku Isya.Melayan jugak mamat sorang tuh..hakhak.Dia seringkali berkongsi masaalahnya dengan aku.Dan aku sebagai yang setia mendengar akan cuba yang terbaik untuk memberi nasihat.Nampaknya Razif sangat selesa berkawan dengan aku.Tuh pun dalam sms jelah.Kalaulah Razif tahu yang Isya itu aku memang tak akan dilayan punye.Memang aku gerenti. Nak buat macam mana memang nama aku Isya bagi singkatan nama Erisya.Aku tak tipu tuh..hihi.

"Razif..!!"prof yang sedang mengajar dalam kuliah menjerit nama Razif.

"ye prof"

"Kamu mengelamun apa tuh..saya mengajar di depan,fikiran kamu ntah kemana2"

"Saya fikirkan Isya"

Aku yang sedang khusyuk membaca apa yang prof ajar di depan tersentak. Suasana dewan kuliah menjadi bingit dengan gelak ketawa pelajar2 lain.Mana taknya sungguh sempoi jawapan Razif .Sudanya prof yang bertanya diberinya jawapan yang sengal cam tuh."Hurmm.. tak sangka dia ingatkan aku"desis hati kecilku sambil tersenyum2.

"Haaa Erisya kamu pun nak ikut mengelamun macam Razif ke"terkejut aku dengan pertanyaan prof tuh..mungkin prof terperasan aku senyum sorang2 kot.Aku tak tahu nak berkata apa.

"Alarh prof,kalau Cik Bam tuh memanglah dia asyik mengelamun.Mengelamun makanan apa yang nak kene baham untuk lunch nanti"jerit Razif. Aku sungguh geram jika aku dimalukan sebegitu rupa.Apa yang aku mampu buat hanyalah berdiam diri dan menundukkan kepala.Pelajar2 lain sudah pastinya menghamburkan sisa2 tawa mereka.

Setelah kuliah tamat,aku bergegas untuk pulang.Sedang aku terkocoh2 sambil membawa buku yang banyak di tangan tiba2 habis buku2 ku terjatuh.Aiseyman aku telah melanggar seseorang. Malangnya aku telah melanggar Razif.Arghh pastinya akan jadi bahan terbaru untuk mengejek aku.Tiba2 Razif membisikkan sesuatu ke telingaku"Jalan tuh biar pakai mata,jangan letak mata tuh kat perut je sayang oii".. Seperti dunia berhenti seketika.Aku terpaku disitu.Hati aku memang kembang bak bunga2 yang mekar di taman.Apa yang penting,Razif memanggilku sayang.Eiii comelnya dia.

Setelah tibanya aku rumah,seusai solat asar terus aku tidur.Penat sungguh hari ni.

Aku menepuk2 pipi aku.Memang aku bermimpi.Astargfirullahalazim aku tertidur petang rupenya.Nasib baik tak terlepas solat Maghrib. Tergelak kecil aku mengingatkan aku bermimpi tentang Razif.Bak kata orang kalau kita mimpikan seseorang kirenya orang tuh sedang terfikirkan kita."Tiap2 hari  aku macam nih memang parah,angau memanjang".. Handphoneku berbunyi.Razif hantar sms kepadaku.*Esok saya ada kejutan untuk orang yang istimewa seperti awak,tunggu ye..*ringkas sehingga buat aku tertanya2.Kejutan ape lah pulak nih sedangkan aku pun dia tidak tahu siapa.

Pagi keesokannya,pagi2 lagi aku sudah ada temujanji bersama kawanku,Berlin.Katanya nak suruh temankan dia untuk shopping pakaian untuk ke konsert yang dianjurkan oleh fakulti aku pada malam nih.

"Eih Cik Bam,kau tak nak pergi ke malam nih"tanya Berlin.

"Alarh malaslah,lagipun aku nak buat apa pergi tempat camtuh,baik aku tidur je kat rumah"

"jomlah temankan aku,aku bosanlah tak ada kau,pleasee kali nih je"rayu Berlin

"tapi..."

"Takde tapi2 ok,malam nih aku jemput kau kat rumah pukul 8 malam"

"Yoleer Cik Puteri Berlin"aku iyekan ajelah memandangkan kawanku sorang tuh memang beria2 nak mengajak aku.

Malam tuh aku hanya berpakaian ringkas.Selalunya pakaian aku ke kelas warna warni. Ouh lupa pulak aku nak beritahu aku nih seorang pencinta warna...haha.Kalau boleh sememangnya aku nak pakaian aku mempunyai pelbagai warna baru meriah barulah hidup sentiasa ceria.Tetapi malam nih aku hanya memakai  baju warna putih dipadankan dengan skirt berwarna merah.Dan juga aku memakai hairband suapaya nampak lebih comel..hihi. Setibanya kami di dalam dewan dimana tempat berlangsungnya konsert itu , dapat kelihatan ramai orang sudah mengambil tempat masing2.Berlin menarik tangan aku sambil membawa aku ke tempat duduk yang sememangnya telah reserved untuk kami berdua.Kawan2 Berlin yang datang awal tolong reservedkan untuk kami.Semangat betul kawan aku sorang nih.Memang tempat kami sungguh strategik.Ape taknya paling depan sekali kot.

Konsert dimulakan dengan persembahan daripada Meet Uncle Hussein.Memang bingit dewan tatkala mereka membuat persembahan.Artis glamer katekan.Aku pun turut teruja. Selepas persembahan Meet Uncle Hussein,aku dapat melihat dengan jelas Razif bersama  gitarnya mengambil tempat di atas stage."apa pulak si Razif ada dekat atas  stage,takkan nak perform kot" ngomelku. 

"Lagu nih diciptakan untuk seseorang yang sungguh istimewa dan mendapat tempat di hati saya sejak setahun yang lalu"Razif memulakan bicara. Aku melihat Razif malam ituh cukup kacak dengan jacket hitamnya.Razif mengeluarkan sesuatu dari poketnya."Ambil handphone? nak buat apa?"Berlin berbisik kepadaku. Suasana tatkala itu sepi kerana semua orang tertanya2 apa yang akan dilakukan oleh Razif.Tiba2 kedengaran bunyi ringtone handphoneku.Cepat2 aku membelek handphoneku dalam beg tetapi bunyi itu hilang.Lega hatiku.Selepas itu bunyi handphoneku untuk kali kedua."Issyk siapalah pulak telefon aku ni"geram aku.Aku memandang sekeliling sambil mencari hanphoneku.Aku melihat Razif memandangku dengan pandangan yang cukup tajam.Sambil menunjukkan dia sedang memegang handphone.Aku terkejut rupe2nya dia yang menelefon aku.Sekarang semuanya sudah berakhir.Tiada lagi Isya yang akan menggangu hidup Razif lagi.Aku cepat2 bangun untuk keluar dari dewan itu.Apabila aku bangun,Razif mula memetik gitar sambil menyanyi.Aku terkedu.Selesainya Razif mendendangkan lagu terus aku berlari.Aku harus berlari selaju mungkin.Lari daripada Razif.Aku malu yang teramat sangat.Pastinya Razif memikirkan yang bukan2 tentang diriku.Sedang aku berlari,satu tangan kasar menarik kasar tanganku.

Aku bangun tidur agak lewat hari inih.Harap2 nasi lemak masih ada lagi.Lapar yang teramat kerana perut ini tidak diisi sejak semalam lagi..Hurmm nak tahu apa yang berlaku semalam? Perlu ke aku cerita..

Seseorang menarik kasar tanganku.Arghh Razif rupenye.Aku tidak berani memandang tepat ke wajahnya.Takut dengan wajah2 yang pastinya menyinga itu kerana rahsia sudah terbongkar.

"Isya?"lembut suara Razif menusuk ke gegendang telingaku.Aku memberanikan diri memandangnya. Aku mengangguk lemah.

"Razif,minta maaf atas semuanya,saya tak tahu nak cakap apa,tapi apa yang boleh saya katakan saya lah Isya yang selalu sms awak tuh.Dan saya berjanji tidak akan menggangu awak lagi" aku memulakan langkah untuk pergi.Tak sanggup lagi untuk berlama2 di situ.Mana lah tahu aku ditengking.

"Nati dulu!"jerit Razif.Aku menghentikan langkahku.

"Saya suka awak ganggu saya,dan saya akan rasa sunyi jika awak tiada,jadi tolonglah ganggu saya lagi"Razif melemparkan kata2 itu sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis yang pernah aku lihat.

Razif menarik tanganku sambil berkata"sudikah awak menjadi pengganggu hidup saya?"

Aku mencari2 keikhlasan dalam kata2 itu"Awak betul ke nih?seriously?" Razif mengannguk..

"Awak tak kisah dengan orang yang gemuk macam saya nih"tanya aku dengan penuh kemusykilan..

"Apa boleh buat jika dah sayang,tembam2 awak pun tetap comel di hati saya" kata Razif dengan ikhlas..

Haaa cukuplah tuh kisah cinta Cik Bam..alhamdulillah hubungan kami kekal sampai ke hari inih.. ouh lupe nak beritahu minggu depan jari manisku akan dihiasi sesuatu..haha..Haa tak faham?Lu pikirlah sendiri.


ps:haha..ok sudah siap satu cerpen..errmm lain sikit dari cerpen yang lain sebab aku buat gaya penulisan yang ikut suke hati aku..haha..hope korang faham dengan gaya penulisan cerpen macam nih..ala2 bercerita sikit..hihi..selamat membaca^_^"


7 comments:

syira said...

pandai nya bt cerpen, sumpah best, hey!

Syafiqah Sabki said...

haha..eiheih cik syira bace,,,gagaga..thankz coz bace..nak bace cerpen lain lagi silerlah usha2 kat tepi tuh..karya syafiqah sabki..kihkih

syira said...

baca baca, mlyan perasaan, duk ingat erin skali. :)

pRinCess FyQA said...

suka sgt2 cerpen nie . .

^______^

Syafiqah Sabki said...

me likey too..mekasih tauw :)

Anonymous said...

cerpen yg agak bagus...tp terlalu straight forward, sebbnya sy boleh forecast ape akan berlaku seterusnya..ape pun, thumb up for u! tq

Syafiqah Sabki said...

yerrp2 i realized bout that too..cam common storykan..nway thankz for d comment..appreciate it=)