Monday, 14 May 2012

Cilantro Dan Tandas Berpuaka?

Assalamualaikum..

Hari ini eih semalam,telah melepak secara bermanfaat di Cilantro seorang diri..maksudnya melepak bukan sekadar cuci mata cuci otak tapi ambil mood baru untuk study kat tempat baru..study terperap dalam bilik kadang-kadang boleh naik bosan jugak..konon alasan padahal memang nak pergi try makan kat Cilantro ni yang baru je buka dekat mansoura..tempat dia sangat best dan sangat luas..ala2 macam kat starbucks..


 Buku menu yang comel..makanan dia pun comel2..harga dia pun boleh tahan comel lah jugak..ekekeke


naaah hameek akibat duduk 3 jam study kat sini,tamak tak tamak tak,jangan contohi perangai kebuluq setiap masa aku,kalaulah aku ada banyak duit,aku dapat rasakan semua menu kat sini aku order..kalau aku stay sini 12 jam?mampu obesiti aku pada masa tuh jugak...dahlah 3 kali aku tukar tempat..konon2 memang taknak sebarang gangguan..orang arab dahlah kalau ramai2 ngan kawan2 buat bising..aku jeling pastu aku blah tukar tempat lain..eih garang jugak aku nih..siapa suruh ko nak study kat tempat orang lepak2 *paaang*-_-


study + makan....+ syok sendiri bergambar? =P

Sedang2 aku syok belajar sambil makan,tetiba ada minah arab menjerit kuat gila kat dalam toilet..memandangkan tempat yang aku duduk tuh hampirlah jugak dengan toilet memang boleh bernanah jugak telinga nih haa(menunjukkan jeritan yang amat dahsyat)..aku ingatkan ada perompak ke hape..tapi macam tak pulak..kalau ada perompak sah2lah semua orang bertempiaran..mungkin hantu?aaah sudah ..dahlah aku nak terbuang air besor masa tu..terbantut niat luhur aku tu..aku pun pandanglah lelaki arab yang ada kat situ...buatlah mimik muka nak tahu apa yang terjadi..boleh pulak mamat tuh cakap just enjoy the show..rupa2nya yang menjerit tuh,dia dengan kawan2 dia lagi 2 orang duduk meja sebelah aku je..ini sudah bagus..biasalah orang melayu macam aku nih amalan jaga tepi kain orang ni kadang2 sebati dalam diri..sambil senyum2 manis bermimikkan muka kerisauan(konon),aku pun tanyalah kawan si minah arab yang menjerit tu..

aku:what happen?harami?(pencuri)
minah arab: la' sambil geleng-geleng
aku:errrmm ghost?(dia faham ke tidok ghost tuh apa,arab nih bukan semua pandai cakap omputeh)
minah arab: *geleng kepala*
pastuh aku dah syak dah something,nih kalau bukan pencuri,kalau bukan hantu mesti kes frust bercinta..biasalah i kan dr.cinta..*muntaaaah*..memandangkan aku nih tak reti nak terjemahkan perkataan cinta dalam bahasa arab,dengan gigihnya aku ambil dua2 belah tangan lalu buat bentuk love..ala2 saranghae k-pop tuh..comel pulak terasa masa tu..O_o
minah arab:sambil senyum2 anggukkan kepala

todiaaah..frust bercinta sampai duk jerit histeria dalam toilet..tak pasal2 aku ingat toilet situ berhantu..itu memang tahap frust menonggeng dah tuh,aku nak nasihatkan dia pasal cinta2 nih tak pandai pulak speaking arab..hikhik kemain aku nak nasihat ein..aku kesian tengok kawan dia 2 orang tuh..makanan atas meja tak terusik..aku nengok kawan dia tuh tengok aje makanan tuh tapi tak berani nak makan..yelah kang makan orang lain kata apa,tak semangat setia kawan blabla..eih ada pulak orang lain kisah..aku lagi kisah makanan tuh tak bersentuh...dalam hati*bestnya kalau dapat makanan tuh* errrm =/


ps:tajuk macam ntah hapa2 je tandas berpuaka..lantak aah aku tak tahu nak letak tajuk apa..hikhiii


Wednesday, 9 May 2012

Late Spring Picnic

Assalamualaikum...

Just a short entry yang hanya akan dipenuhi dengan gambar-gambar terutamanya mestilah gambar makanan..ekeleih macam tak biasa pulak..:P




tidakkah ini comel dengan bunga-bunga colour purple..weeheee


Bila berpicnic wajiblah ada makanan,kitorang buat ala2 potluck..memasing bawa makanan sendiri2



ini adalah homemade kek tiramisu percubaan yang pertama,alhamdulillah menjadi and sangat sedap(kahkah opps terpuji sendiri2 pulak)..bukan aku yg cakap tapi osmet and kengkawan lain pun cakap mcm tu..excited mak nooks bila orang puji masakan kitew..hati kitew bungew-bungewlah..hikhik



Tuna sandwich


ini adalah puding roti buah-buahan..aku modified letak buah peach and oso strawberry..menyesal letak strawberry sebab buatkan puding roti aku tak cantik..sobsobs


Fina telah memasak nasi goreng serai..nyomnyom shedaaap



ini adalah strawberry pie yang dimasak oleh azira


donut with chocolate toping..yummeyh me likey




Egg tart by zira..sedaaap


Burger Malaysia..and aku baru tahu kuih cenggini dipanggil dengan nama tu,before nih makan je tahu..haha.. udahnya feveret kuih kat malaysia


 Nasi impit dengan kuah kacang yang dimasak oleh kina..rajin anak dara sorang nih masak kuah kacang bagai


Apple cake by fariha yang gebu dan lembut..yummeyh 



Moist chocolate cake by fatin..serius sedap..memang moist..banyak kali masak coklat cake tapi tak berapa nak jadi moist sangat..tssktssk


Setelah penat lelah study(harhar penatlah sangatkan :P),bila ada picnic macam nih sangatlah fun..main macam2 games yang boleh buat gelak macam puaka..agagaga..yang penting macam2 makanan boleh sumbat dalam perut nih..perut sangat happylah today




Bye-bye musim bunga,next year kita berpicnic lagi keyh

Sunday, 6 May 2012

Seafood & Chinese Food

Assalamualaikum..

Hari Rabu yang lepas,2march adalah burfday one of my osmet iaitu cik berlin..so kami satu rumah pun haruslah ke Cairo untuk sambut burfday berlin..yang sadisnya pagi tu aku ada exam and malam before tuh just tido untuk sejam sahaja(well ini bukan study last minute tapi study sampai ke titisan air mata terakhir..agagaga alasan :P)..dan hari tersebut hanya berbekalkan secawan nescafe aku melalui hari yang memenatkan..terima kasih nescafe *tetiba*..after asar ambil bus from mansoura pergi cairo..hari tersebut breakfast+lunch+dinner dalam pukul 10.30 malam -_-


Jom makan seafood di EL BORG RESTAURANT,CAIRO..terbaeeek gue cakap sama lu


 Rambang mata untuk memilih makanan2 laut disini,macam-macam ado haa..semuanya segar bugar
Aku tak tahu apakah nama lauk pauk yang menjadi santapan kitorang malam tuh coz kami serahkan everything dekat chef untuk masak apa menu yang terbaik..













 Jelas terpancar muka nak masuk pukul 12 pagi..tabah ajelah mata masa itu..keboyotan perut hanya aku sahaja yang tahu..haha:P..ouh yeah dessert puding arab nih sangat sedap..semualah makanan2 kat sini sedap.






Malam di cairo..sangat cantikkan gambar yang aku ambil..kahkah bajet photographer yang sebenarnya pada masa ini

Before pulang ke Mansoura,sempatlah lunch dekat restoran chinese muslim..actually banyak jugaklah restoran chinese muslim di cairo...kat sini pun sedap2 makanan dia..sedikit pedaslah sampaikan boleh berpeluh makan..nasiblah aku peminat tegar makanan pedas..






Menu Ikan(aku tak tahu nama specific untuk menu2 kat sini memandangkan nama2 menu dalam bahasa cina,thu makan aje..hihi)


 Yang ini daging sizzling maybe


 Dumplings Soup 


 Ayam Celup Tepung


Suhun(sedap sangat rasa masam2)

Sunday, 8 April 2012

Jangan Duk Kalut Noooh...




Assalamualaikum..



Mungkin anda single,terasa sunyi,terasa ingin dimiliki,disayangi and blablabla(kahkah jiwang seyh)..tapi jangan sampai anda duk kalut pi rembat je mana2 yang ada..relax and pilihlah yang terbaeek..faham tak? sambil mengangguk kepala sendiri =D