Friday 3 September 2010

Kau Ditakdirkan Untukku

Mr prince:Heyp..buat ape tuh..

Gooci:Hye..tengah masak nih..haha

Mr prince:ceyt kene  perli pulak..hahah...yelah okeyh2 awak tengah on9..

Gooci:Tulah sudah tahu buat2 tanya pulakkan..eih awak free ke sekarang..asyik on9 je memanjang..

Mr prince:free lahnih..bosan lah asyik kerja je..

"Isyk mamat nih kata kerja doktor tapi free memanjang..ntah2 tipu aku kot..lantaklah"ngomel Arissa sorang2

Gooci:eih awak got to go..ade kerja sikit..next time chat k..bye

Mr prince:okey hope boleh chat dengan awak lagi..bye..p/s:saye suke berkawan dengan awak^_^

Arissa tersenyum2..dalam hati die mengakui senang berchatting dengan lelaki yang tak dikenali itu..sudah 3 bulan berchatting tapi tidak pernah berjumpa..bagi Arissa biarlah sekadar kenal2 di alam maya je..risau jugak biler terbawak2 dalam real life..mane taknye banyak kes menipu dalam alam maya nih..lagipun tak banyak identiti lelaki itu yang Arissa tahu..apa yang Arissa tahu lelaki itu bekerja sebagai doktor..hurmm ntah boleh percaya atau tidak..Arissa malas ambil pusing..

"Mama!!"sergah Arissa 

"Astargfirullahalazim bertuah punye budak sorang nih.. buat terkejut mama je"bebel Puan Lisa,mama kepada Arissa

"Hihi..maaf mama..Arissa excited bau wangi makanan yang mama masak..tuh yang terjerit panggil  mama tuh..ngee."

"Haisyh anak mama sorang nih tadi beria2 nak tolong mama kat dapur..tup2 die pulak busy memanjang kat dalam bilik tuh"

"Ade kerja tadi..so dah siap masak lah nih mama..biler nak makan nih..wanginye bau.. tak sabar nak makan"manja Arissa

"Tunggu papa kamu balik dululah ye..kita makan sama2"

Arissa mengangguk tanda setuju..papa  selalu pulang lewat sejak dinaikkan pangkat di pejabat..kadang2 kesian melihat mama buat kerja rumah seorang diri..apabila dia sudah pulang ke universiti dan papa pergi outstation terpaksa mama tinggal sorang2 kat rumah.. terdetik dihatinya untuk tinggal di rumah bersama mama tetapi memandangkan tempat belajarnya jauh dari rumah terpaksa dimatikan niat itu...

Tiba2..terdengar bunyi barang pecah dari dapur..Arissa yang sedang menonton tv di ruang tamu bergegas melihat apa yang berlaku..

"Ya ALLAH..MAMA!!"...Puan Lisa tidak sedarkan diri...Arissa menggoncang kuat bahu mama tetapi masih tidak sedar..cepat2 Arissa menelefon ambulance..

Arissa memandang sayu sekujur tubuh sedang berbaring di atas katil.."kesian mama"rintih Arissa...mamanya pengsan kerana terlampau penat..itu kata doktor yang merawat mamanya.. die tahu itu..mama Arissa menghidap darah rendah...jadi mamanya mudah untuk pitam jika terlampau penat..

Arissa berjalan2 disekitar hospital Ampang Puteri..sepi tanpa manusia..mungkin sudah lewat malam agaknya..tiba2 batuk Arissa datang lagi..Arissa terduduk2 menahan batuk..sudah 6 bulan batuknya tidak pulih..Arissa melihat tangannya penuh dengan darah..dia tidak terkejut..sudah sebulan batuknya berdarah tetapi Arissa tidak ambil peduli..dia takut..takut untuk mengetahui kebenaran..terasa bahunya ditepuk seseorang..Arissa terkejut..dia tidak mahu sesiapa tahu..terus Arissa menyorokkan tangannya di belakang sambil berdiri..di depannya seorang lelaki muda berjubah putih...doktor disini agaknya..

"Apa2 yang boleh saya bantu?awak nampak macam tak sihat."soal lelaki itu.

"Ermm...ermm tak ada..saya tak sakit pun"pintas Arissa..die tahu betapa bodohnya dia mengatakan dia tidak sakit sedangkan pasti doktor itu lebih mengetahui..Arissa cepat2 bergegas ke toilet..dia tidak mahu berlama2 lagi dengan doktor itu..

Afnan melihat Arissa tergopoh2 berlalu pergi..sebenarnya dari petang tadi dia mencari gadis itu setelah melihat gadis itu di cafe..dia tertarik dengan keayuan Arissa..baginya Arissa cantik dan ada daya tarikan tersendiri..tidak sama dengan gadis2 yang berdampingan dengannya sebelum ini..seksi tetapi tiada otak..sentiasa mahu mengikis duit dia..Afnan sudah mengejar Arissa tetapi hampa Arissa hilang dalam kesibukan orang ramai..dia sangat gembira apabila ternampak Arissa pada malam ini..tetapi jelas Arissa seperti sedang menanggung kesakitan sendirian..

Arissa berjalan2 di taman hospital..malam itu cukup indah..bintang2 memenuhi dada langit..bulan purnama menyinari bumi...Arissa mengambil tempat di bangku berdekatan sambil menghirup udara angin malam..dia memejam erat matanya..mahu melupakan segala kesakitan yang ditanggungnya..

"Tak bagus untuk kesihatan awak keluar malam2 macam ni"tegur seorang lelaki.

"Hurm kan sudah saya cakap saya tak ada apa2"Arissa sedikit bertegas apabila ketenteramannya diganggu oleh doktor muda itu.

Afnan mengambil tempat di sebelah Arissa.."Awak tunggu siapa di hospital ni"soal Afnan..

"Mak saya"jawab Arissa ringkas

Di sebalik kegelapan malam..Afnan masih dapat melihat jelas muka Arissa disebalik cahaya bulan..diam2 dia memerhatikan Arissa..tidak salah jangkaannya.. Arissa sangat cantik..ayu dipandang..mukanya penuh dengan kelembutan..alis matanya terbentuk cantik..mata bundar..hidung Arissa tidaklah mancung tetapi cukup comel..bibirnya merah tanpa mengenakan sebarang lipstick.. bagi Afnan Arissa mempunyai natural beauty..tiba2..batuk Arissa datang kembali..

"Lebih baik awak masuk ke dalam..di luar ini sangat sejuk..tidak bagus untuk batuk awak"pinta Afnan..

"Saya boleh bertahan..doktor boleh tak kalau saya nak bersendirian?"degil Arissa

"Ouh sure"jawab Afnan sambil membuka jaket yang dipakainya terus diberikan kepada Arissa..Arissa terkedu..dan memandang kosong pemergian Afnan..

Keesokan harinya mama Arissa mendapat kebenaran untuk keluar dari hospital..Arissa berfikir bagaimana mahu memulangkan jaket lelaki itu..dia tidak kenal dengan doktor muda itu..apa yang dia tahu dia seorang doktor..sewaktu menemani mamanya untuk keluar hospital..Arissa ternampak doktor muda itu..bergegas Arissa mengejar lelaki itu yang kelihatan sibuk..

"Nah jaket awak..btw thankz"Arissa berlalu pergi

Afnan tersenyum walaupun penghargaan ringkas dari Arissa tetapi cukup bermakna baginya..

Mr prince:jom jumpa..lagipun dah berbulan2 kita berchatting..tapi kalau awak rasa tak ok tak mengapa..saya tak memaksa..tapi percayalah saya..saya ikhlas kawan dengan awak..

Arissa bersandar di kerusi..memikirkan apa yang patut dia lakukan.."boleh percaya ke lelaki ni" dia sendiri bingung dengan perasaanya..ntah mengapa hatinya kuat mempercayai lelaki misteri itu..dia tidak dapat menafikan sangat seronok berkawan dan berchatting dengan lelaki itu.. "hurm apa salahnya kalau kami jadi kawan in a real life"ngomel Arissa..

Gooci:baiklah tapi awak perlu jujur dengan saya..

Pada malam minggu  ..untuk berjumpa dengan lelaki misteri itu..Arissa mengenakan blouse labuh hitam..rambutnya yang panjang beralun dibiarkan lepas...hatinya berdebar2 untuk berjumpa..tidak pernah dibuatnya berjumpa dengan lelaki yang tidak pernah kenal..kalau mamanya tahu pasti akan risau..tetapi Arissa hanya menyatakan dia mahu berjumpa dengan kawan..mamanya pula tidak banyak bertanya..sudah besar agaknya untuk memikir yang terbaik buat dirinya...

Arissa tiba di Restoran Bora2 Ombak lewat 30 minit..kelewatannya gara2 kesesakan lalu lintas tadi..biasalah hari minggu semua orang mahu mengambil peluang untuk keluar..dia berharap lelaki misteri itu masih menunggunya..dia tidak mahu ada pertemuan kali kedua..dia memasuki restoran sambil tercari2 lelaki misteri itu..mengikut apa yang diberitahu lelaki itu memakai baju colour hitam ..ada sejambak bunga di atas meja..dia terpandang seorang lelaki berbaju hitam memebelakangi Arissa..Arissa teragak2 untuk menghampirinya..

"Mr prince?"soal Arissa dengan tidak yakin..lelaki itu bangun dan terus..

"Awak?"ada riak terkejut di kedua2 wajah mereka..Arissa tidak menyangka selama ini dia berchatting dengan doktor muda yang dijumpai di hospital sewaktu mamanya dirawat di situ.. kedua2 mereka tergelak..terkejut pun ada..tidak disangka akan berchatting dengan orang yang pernah dikenali..

"Saya Afnan"Afnan memperkenalkan diri.."Saya Arissa"balas Arissa sambil tersenyum..

Betul jangkaan Arissa sangat seronok berborak dengan Afnan..gaya percakapannya sama sahaja seperti di alam maya..bagi Afnan pula Arissa seorang yang pandai berkata2..percakapan Arissa lagaknya seperti seorang yang sudah matang walaupun umur baru menjangkau 23 tahun.. Dalam hati,Afnan kagum dengan gadis itu yang mempunya banyak pengetahuan tentang hal semasa..

"Bagaimana dengan mak awak,dah sihat?"

"Alhamdulillah mama saya dah sihat..eih awak.. kiranya betullah awak nih seorang doktor" soal Arissa..

"haha betullah tuh..kenapa?muka saya macam pencuri ke?"..

"Hahah..isyk tak adalah sampai macam tuh sekali..tapi bolehlah..mula2 tuh saya ragu2 betul ke awak nih doktor..asyik online je memanjang..selalunya doktor mana ambil pusing pasal internet2 nih"

"Hahahah..ouh perli saya ye..awak ingat saya nih apa..macam katak bawah tempurung ke..tak ada life..sekali sekala have fun kat internet tuh pun kire bagus sebab tak ada masa untuk hav fun kat luar"balas Afnan

Suasana sepi ketika..hanya alunan muzik yang mengiringi mereka..Arissa tidak suka suasana seperti itu..dia rasa kekok tanpa berkata2..Afnan melihat Arissa tidak selesa..terus dia mengajak Arissa berjalan2 die sekitar restoran itu..

"Awak..kalau saya cakap awak marah tak"tanya Afnan 

"Haha lawaklah awak nih..macam budak kecil yang takut dengan cikgu je..tanye jelah..saya tak makan awak pun..perut saya nih ada limitnye lagi..haha"

"Hurmm...awak tak nak buat medical checkup"

Tersentak Arissa..seboleh2nya dia tidak mahu orang lain mencampuri soal sakitnya..baginya biarlah dia seorang yang menanggung..dan yang sebenarnya dia takut akan kebenaran..

"Awak..saya rasa tak perlu..buat ke tidak ke sama sahaja..biarlah saya hidup tanpa mengetahui kebenaran..jika kebenaran itu boleh menyakitkan"sayu Arissa menjawab

"Tapi Arissa...rawatan awal tuh penting..mana tahu awak akan sembuh..lagipun awak tak tahu lagi kan awak sakit apa..let say..sakit awak tuh masih peringkat awal kemungkinan rawatan awal dapat sembuhkan penyakit awak tuh.."pujuk Afnan

Arissa serba salah..dia menjadi keliru dengan masa depannya..perasaan gembira yang dirasai pada mulanya tadi dirasakan kelam setelah soal sakitnya dipersoalkan..Afnan yang melihat riak wajah keruh di muka Arissa berasa bersalah kerana menanyakan hal itu..tidak sepatutnya dia menimbulkan isu itu..itukan pertemuan mereka yang pertama secara rasmi..dia merasakan dia telah merosakkan detik pertemuan mereka itu..tetapi yang sebetulnya Afnan risau jika orang yang dia sayang menanggung derita seorang diri..biarlah dia sama2 menanggung...

Keesokan harinya,Afnan sangat gembira apabila Arissa bersetuju untuk membuat medical checkup..baginya itulah yang terbaik untuk Arissa..

"Doktor Afnan..Doktor Asri panggil ke biliknya".."hurm baiklah..nanti saya pergi jumpa" jawab afnan..

Afnan bergegas ke bilik ayahnya..ayah Afnan juga seorang doktor di situ..dia tahu ini mesti perihal medical checkup Arissa..dia sendiri meminta tolong ayahnya meneliti sendiri hasil medical checkup Arissa..

"Dia menghidap lung cancer tahap kronik"tutur dr Asri

Afnan terkejut bukan kepalang mendengar kebenaran itu..dia tahu pasti Arissa menghidap penyakit serius melihat keadaan batuknya yang teruk tapi tidak disangkanya sudah di tahap kronik..dia bingung,keliru,serba salah untuk memberitahu Arissa tentang hal itu..

Petang itu,Afnan membuat temu janji dengan Arissa di Taman Tasik Permaisuri..dari jauh dia dapat melihat seorang gadis sedang tekun menulis sesuatu dibuku catatan ..mungkin menulis diari..agak Afnan..dia menghampiri Arissa..Arissa yang sedar akan kehadirannya tersenyum..Afnan mengambil masa untuk memberitahu hal yang sebenar..dia risau dan takut hati orang yang dia sayang akan disakiti tatkala mendapat tahu kebenaran yang mungkin mengubah kehidupan Arissa selepas ini..

"Awak nak cakap apenih..cakap je apa yang awak nak beritahu saya..saya sudah sedia" tutur Arissa sambil meneruskan catitannya di dalam diari..

"Arissa saya harap awak bersabar..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..awak disahkan menghidap lung cancer"Afnan tidak sanggup lagi meneruskan kata2..apetah lagi untuk menyatakan sakit Arissa di tahap kronik..dia dapat melihat Arissa tertunduk tekun melihat diarinya tanpa menulis..dia tahu pasti Arissa terkejut mendengar semua itu..

"Saya dah beritahu awak awal2..kebenaran itu menyakitkan..dan saya sendiri yang merasainya sekarang"tiba2 hujan mulai turun..Arissa tidak dapat menahan diri daripada menangis..dia berlari di dalam hujan..berlari semahu2nya seperti ingin lari dari segala masaalah yang dihadapinya..Afnan menjerit nama Arissa..dia mengejar Arissa tetapi Arissa hilang dari pandangannya..dia kembali ke bangku..melihat diari Arissa tertinggal di situ..Afnan membuka diari Arissa di dalam kereta..dia tahu sungguh tidak patut dia berbuat begitu..dia membelek diari Arissa perlahan2..ada foto Arissa semasa kecil.."comel" detik Afnan dalam hati..dia terus membelek.. terhenti tatkala melihat diari yang dicatit 2 minggu lepas yang bertajuk"Impian Saya"...Afnan meneliti satu persatu impian Arissa...

1)Ingin memperoleh segulung ijazah..pasti mama dan papa bangga mempunyai anak tunggal yang rajin seperti aku..hihi=P

2)Aku tak mahu bercinta..aku ingin terus dilamar oleh sesorang yang terbaik untukku.. melamar aku dengan style tersendiri..unik itu yang aku mahu..=)

3)Berharap tatkala ajal menjemputku biarlah aku berada dalam keadaan bahagia..

Afnan tidak dapat menyekang lagi air mata dari berlinangan..dalam hati dia bertekad dia mahu memenuhi impian Arissa..

Pada malam itu,Arissa menelefonya memohon maaf kerana meninggalkan dia begitu sahaja..lama juga mereka berborak..Afnan bersyukur Arissa kembali menjadi seorang yang dia kenal..seorang yang periang...pasti Arissa sudah dapat menerima takdirnya..

"Ayah..Afnan rasa sudah tiba waktunya Afnan menamatkan zaman bujang..Afnan dah ada calon sendiri"

"Siapa?"soal doktor Asri

"Nama dia Arissa"tutur Afnan

"Bukan ke tuh perempuan yang menhidap penyakit lung cancer"Afnan mengangguk

"Kamu dah gila apa nak kahwin dengan orang yang sudah tentu menunggu saat2 kematiannya.. ayah tak mahu nanti kamu yang menyesal..kahwin nih bukan kerana rasa simpati Afnan" tegas ayahnya

"Afnan masih dapat berfikir yang terbaik ayah..Afnan berkahwin dengan orang yang layak untuk Afnan jadikan isteri..soal ajal itu semua ketentuan ALLAH..lagipun Afnan berkahwin bukan kerana simpati tetapi kerana sayang"balas Afnan..dia ingin bekahwin dengan Arissa bukan atas dasar simpati..bukan juga kerana impian Arissa tetapi kerana sayangnya pada Arissa..dia tidak pernah menyayangi orang lain seperti itu selain dari ibu bapanya sendiri..

"Ikut kamulah Afnan..jika itu yang terbaik untuk kamu..ayah ikutkan saje..tapi perlu beritahu pada emak kamu dulu"ada riak gembira di wajah Afnan..Afnan mengannguk tanda setuju..

Arissa mendapat message dari Afnan.."jom tengok wayang malam nih kalau awak free..saya belanja".. Arissa menaip "okeyh"...Arissa bersyukur mempunyai kawan yang baik seperti Afnan..Afnan sentiasa mengambil berat tentang dirinya..kadang2 dia dapat rasakan dirinya disayangi oleh lelaki itu..tetapi cepat2 dimatikan perasaan yang mula mekar dalam hatinya..dia sentiasa beringat pasti Afnan mengambil berat kerana sakitnya..

Pada malam itu Arissa dan Afnan berjalan beriringan di Midvalley..pada mulanya Afnan ingin menonton filem The Lord Of The Ring..tetapi Arissa memujuknya untuk menonton The Haunted House..berkali2 Arissa memujuk untuk menonton cerita itu..akhirnya Afnan setuju..sepanjang menonton wayang..Arissa dapat melihat riak takut di wajah Afnan..apabila ada scene terkejut Afnan menundukkan mukanya..last2 Afnan tertidur dalam wayang..Arissa geli hati melihat perilaku Afnan..

"Bestkan cerita tadi..kalau sayalah kan saya nak bagi 5 bintang"tutur Afnan sambil menyedut air coke..

"Aaah kan saya dah bagitahu cerita tuh besz..kalau saya..saya nak kasi 10 bintang..sebab best tengok orang tuh tertidur dalam wayang..hahaha"perli Arissa

"okeyh saya tahu saya kene perli..yelah saya mengaku actually saya dari dulu lagi takut tengok cerita seram..but saya masih lelaki okeyh.."tengok nih"Afnan menunjukkan muscle ditangannya..

"Wahaha ceyt setakat muscle kat tangan..nenek saya pun ada tauw...memanglah awak lelaki..saya tak cakap apa2 pun..hahah"..balas Arissa sambil terburai ketawa mereka..

Disebabkan sudah kenyang menghabiskan 2 popcorn large tadi..Afnan mengajak Arissa makan aiskrim..Arissa mengikut sahaja plan Afnan malam tuh..

"Afnan..kedai aiskrim nih ada buat pertandingan ke?"soal Arissa

"Kenapa awak cakap macam tuh pulak"balas Afnan

"Cuba awak tengok nih"tutur Arissa sambil mengambil sesuatu di dalam asikrim dan memberikannya kepada Afnan..tiba2..

"Will you marry me?"lamar Afnan..Arissa merasakan seperti saat2 itu terhenti...terkedu..Afnan mengambil jari jemari Arissa..disarungkan cincin itu..Arissa seperti merelakannya..terasa seperti cepat masa berlalu..Arissa merenung cincin yang tersarung di jari manisnya..tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan Arissa ketika itu...

"Aku terima nikahnya Arissa Natasha binti Razak dengan mas kahwin RM2000 tunai"

~~Setahun kemudian~~

"Nyenyakkan dia tidur bang"ngomel Arissa sambil mengusap2 ubun2 rambut anaknya..Arissa bersyukur setelah  setahun berakahwin dengan Afnan mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Syafiq Daniel..

"Penat agaknya sehari suntuk mak dengan ayah main2 dengan dia..dah lewat malam nih.. abang masuk tidur dulu ye..esok  pagi2 lagi abang kena masuk operation room"balas Afnan..Arissa mengangguk..

Malam itu Arissa tidak dapat tidur..dia menghirup udara malam dari beranda biliknya..terasa nyaman sekali..dia  bahagia.. terasa kehidupannya sempurna tatkala mempunyai suami yang penyayang dan anak yang comel..dia mengambil sehelai kertas dan pen..terasa mahu menulis sesuatu.. mata Arissa terasa berat..dia ingin melelapkan matanya yang sudak mengantuk itu..

Afnan bangun dari tidurnya ..dia terus ke bilik air mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh..sebelum itu dia menunaikan solat sunat..ayah dan emaknya sering berpesan solat sunat sebelum subuh dapat membuka rezeki seseorang..selesai menunaikan solat subuh..Afnan ingin mengejut Arissa untuk bersolat..

"Arissa..bangun sayang..subuh dah lewat nih"Afnan berkata sambil mengusap rambut isterinya..

"Arissa.."kejut Afnan lagi..Afnan terasa tidak enak..ada sesuatu yang merunsingkannya..dia melihat muka isterinya pucat..dia menggoncang bahu isterinya namun Arissa masih tidak sedar..perlahan2 dia meletakkan jarinya di hidung Arissa..air mata seorang suami gugur tatkala memandang sekujur tubuh isterinya yang tidak bernafas lagi..Afnan mengambil sekeping surat di sebelah bantal isterinya..

Khas untuk suamiku yang tercinta,

Abang...Arissa terasa sangat bahagia sehingga tidak dapat tidur..Bahagia dengan kehidupan Arissa sekarang..bersyukur mendapat suami yang mencintai dan menyayangi Arissa seadanya walaupun si isteri sedang menunggu saat2 kematiannya..Abanglah pendorong Arissa untuk terus bertahan..tapi...tiba saatnya Arissa meninggalkan saat bahagia inih..sudah cukup ALLAH memberi peluang untuk Arissa hidup di dunia nih..abang perlu kuat unuk terus menjaga anak kita..jagalah syafiq..sayangi syafiq sepertimana abang menyayangi Arissa..Abang..lupakan Arissa.. carilah pengganti untuk mengisi hati abang..abang sudah banyak berkorban untuk Arissa..abang layak mencari kebahagiaan sendiri..Arissa terpaksa berhenti sekarang..Arissa penat..penat yang teramat sangat..Arissa nak abang tahu dalam hati ini hanya ada abang seorang..

lots of love:Arissa

"Sampai hati Arissa tinggalkan abang dengan anak kita..Tidak semudah itu Arissa untuk abang mencari pengganti kepada hati ini..Arissalah cinta pertama dan terakhir abang"Afnan memandang dengan sayu isterinya...

p/s:maaf yerp sebab aku sendiri rasa macam tak padat cerpen nih..tapi aku malas nak touchup2..hakhak..ayat pun macam berterabur..sendiri2 comment cerpen sendiri..sangat syok sendiri ini orang..thankz for reading=)




13 comments:

ahmadbaihaqie abdrazak said...

LIKE!

Syafiqah Sabki said...

thankz..sy pun paling suke yg nih..hee=)

ahmadbaihaqie abdrazak said...

Arissa mcm nama japanese..comel je kan..hee yup yg ni panjang tp best! thank you for writing such a beautiful story..oh btw nama u pnjg can i call u syap.. ^^

Syafiqah Sabki said...

haha..welcome=)..heeyp ape pasal syap..hahah..pika sudah..ngee

ahmadbaihaqie abdrazak said...

sebab org lain pgil pika..so sy nak spcial skit sbb sy fans awk. ^^

syafiqah=syap

Syafiqah Sabki said...

haha woaw..fan..ok2 ape2lah x kisah..tapi kenapa syap..why not syaf..haha

ahmadbaihaqie abdrazak said...

saya fans bukan stalker tahu..ha3..alah syap mcm comel sket kan..syaf mcm bnyi kurang enak sket

Syafiqah Sabki said...

yeerp2..takpun terfikir awk stalker..haha..fikir awk my follower yang bertopi je..ngeehee..okies2 sy terima je awk panggik syap..then should i call u coki..coz my fwen oso same name with u..i call die coki..haha

ahmadbaihaqie abdrazak said...

comel sangat nama coki tu kot..ha2..tak pnah org pgl sy coki..pun boleh klu na pgl coki..haha..stylo2

Syafiqah Sabki said...

haha..tulah stylokan..hallo coki=D

Anonymous said...

assalam..so0 touching!! you just touch my heart..:)
at the end of d story, i realized that my heart is crying...gud job for an amateur like u..well done!

Syafiqah Sabki said...

salam..wah thankz for reading..terharu jugak coz kamo menghayati penulisan sy..=)

Anonymous said...

welcome cik S.s
im waiting for ur next karya like this in d future. cayokk2!! :)